Wednesday 18 September 2019

SISTEM TULISAN BAHASA MELAYU MODEN

SISTEM TULISAN BAHASA MELAYU MODEN


Perkembangan Sistem Tulisan dan Ejaan
Sistem Tulisan Rumi

Ø Tulisan Rumi berasaskan huruf Roman a-b-c.
Ø Aturan ejaan bagi Tulisan Rumi yang digunakan dalam bahasa Melayu mutakhir pula ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia (selanjutnya disebut SERBBM) yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972.
Ø Sistem ini merupakan aturan ejaan Rumi bersama bagi bahasa Melayu di Malaysia dan bahasa Indonesia, iaitu sistem yang berasaskan aturan ejaan yang dirumuskan oleh Jawatankuasa Ejaan (Rumi) Bersama pada tahun 1967.
Ø Perkembangan dalam sistem ejaan rumi adalah sebahagian daripada perkembangan dalam bahasa Melayu di Tanah Melayu dan di Kepulauan Timur Belanda.
Ø Keperluan kepada sistem ejaan Rumi menjadi penting pada awal abad ke- 20 kerana ejaan Jawi tidak dapat menggambarkan sistem bunyi bahasa Melayu yang sebenar bagi mereka yang tidak dapat memahaminya. Ianya menjadi lebih penting apabila bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem sekolah rendah atau sekolah dasar.

Sistem Tulisan Jawi

Ø Tulisan Jawi berasaskan huruf Arab alif-ba-ta.
Ø Aturan ejaan bagi Tulisan Jawi yang digunakan dalam bahasa Melayu sekarang ialah Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan yang disahkan penggunaannya bermula pada tahun 1996.
Ø  Kita boleh melihat sistem ejaan Jawi tersebut dalam beberapa dokumen rasmi yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ø Tulisan jawi berpunca daripada nama umum yang diberi kepada orang jawa oleh pendagang arab yang singgah.oleh sebab mereka tidak dapat membezakan antara orang melayu dengan orang jawa,  maka mereka menggangap orang melayu dan orang jawa ini sebagai orang jawi. Justeru itu, tulisan yang jawi adalah tulisan yang dapat membezakannya dengan  tulisan arab.

Ciri-Ciri Bahasa Melayu Moden

§  Bahasa Melayu Moden telah mencapai status bahasa kebangsaan.
§  Bahasa Melayu dilihat sebagai mekanisma lengkap untuk mengungkapkan
aspek-aspek abstrak,penyataan perasaan dan emosi,kemurnian berkarya dan kehalusan bahasa dalam penulisan sastera.
§  Bahasa Melayu mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.
§  Bahasa Melayu juga dianggap bersifat sejagat.
§  Bahasa Melayu sebagai bahasa yang sangat mudah dipelajari adalah disebabkan oleh sistem fonologi yang amat mudah.


Perbezaan Bahasa Melayu Klasik Dengan Bahasa Melayu Moden


BAHASA MELAYU KLASIK
BAHASA MELAYU MODEN
Tiada perancangan bahasa
Melalui proses perancangan bahasa yang pesat
Banyak dipengaruhi bahasa Arab
Banyak menerima pengaruh bahasa Inggeris
Menggunakan laras bahasa sastera lama
Menggunakan laras bahasa yang lebih pelbagai
Banyak menggunakan ayat pasif dan ayat songsang
Banyak menggunakan ayat aktif
Banyak memanfaatkan bahasa istana/bahasa dalam
Banyak memanfaatkan kosa kata bahasa moden


No comments:

Post a Comment

PERBEZAAN JENIS TULISAN