Wednesday, 18 September 2019

SISTEM BAHASA MELAYU KLASIK

SISTEM TULISAN BAHASA MELAYU KLASIK



Daripada penggunaan bahasa Melayu klasik dalam penulisan di atas, kita dapat mengenal pasti beberapa ciri utama bahasa tersebut.

1. Huruf dan perkataan

a. Penggunaan huruf Jawi.
Huruf ini diadaptasi daripada huruf Arab. Terdapat tambahan beberapa huruf lain untuk mencukupkan sebutan bahasa Melayu, iaitu cangagapa, dannya.

b. Pengaruh bahasa Arab yang ketara, khususnya bagi istilah yang berkaitan dengan hukum Islam.
·         Allah taala
·         daulat
·         wallahualam

2. Sintaksis ayat

a. Penggunaan ayat majmuk – ayatnya panjang ala ayat Arab kerana menggunakan kata hubung.

b. Terdapat ayat susunan songsang 

c. Penggunaan ayat pasif.

Contoh penggunaan bahasa Melayu Klasik dalam karya sastera:👇👇

"Adapun apabila raja dihadap orang di balairung, maka Bendahara dan Penghulu Bendahari dan Temenggung, dan segala menteri dan Orang Besar-besar, segala sida-sida duduk di seri balai; maka segala anak raja-raja itu duduk dikelek-kelekan balai kiri kanan, dan segala sida-sida yang muda-muda duduk diselang-selang antara Bentara, dan hulubalang muda-muda berdiri di ketapakan balai memikul pedang, dan kepala bentara yang di kiri itu, daripada anak cucu menteri yang patut akan menjadi Bendahara dan Penghulu Bendahari dan Temenggung; dan kepala bentara yang di kanan itu, daripada anak cucu hulubalang yang akan patut jadi Laksamana dan Seri Bija Diraja; dan barang siapa bergelar Sang Setia bakal Seri Bija Diraja, dan barang siapa bergelar Sang Guna bakal Laksamana, dan barang siapa bergelar Tun Pikrama bakal Bendahara."





TULISAN JAWI

•  Sistem tulisan yang menggunakan abjad Arab dan enam abjad tambahan yang dicipta oleh orang Melayu sendiri
•  Ditulis dari kanan ke kiri dan tidak mempunyai huruf besar dan huruf kecil
•  Bentuk huruf-hurufnya akan berubah apabila ditulis secara tunggal atau berantai/bersambung

•  Dalam Daftar Ejaan Melayu  oleh Za’ba, jumlah huruf yang terdapat dalam  sistem ejaan Jawi ialah 33 huruf





Rajah 1.0 Aksara Jawi







No comments:

Post a Comment

PERBEZAAN JENIS TULISAN