Buah pepaya buah mengkudu, Buah mengkudu dibuat jamu, Kalau saudara menuntut ilmu, Tuntut dengan tak jemu-jemu, Berbumbu kunyit membakar ikan, Tak sadar pula ikanpun hangus, Ilmu baik harus sebarkan, Agar amal tak putus-putus,
Thursday, 19 September 2019
Wednesday, 18 September 2019
SISTEM TULISAN BAHASA MELAYU MODEN
SISTEM TULISAN BAHASA MELAYU MODEN
Perkembangan Sistem Tulisan
dan Ejaan
Sistem Tulisan Rumi
Ø Tulisan Rumi
berasaskan huruf Roman a-b-c.
Ø Aturan ejaan
bagi Tulisan Rumi yang digunakan dalam bahasa Melayu mutakhir pula ialah Sistem
Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia (selanjutnya disebut SERBBM) yang dirasmikan
penggunaannya pada 16 Ogos 1972.
Ø Sistem ini
merupakan aturan ejaan Rumi bersama bagi bahasa Melayu di Malaysia dan bahasa
Indonesia, iaitu sistem yang berasaskan aturan ejaan yang dirumuskan oleh
Jawatankuasa Ejaan (Rumi) Bersama pada tahun 1967.
Ø Perkembangan
dalam sistem ejaan rumi adalah sebahagian daripada perkembangan dalam bahasa
Melayu di Tanah Melayu dan di Kepulauan Timur Belanda.
Ø Keperluan kepada
sistem ejaan Rumi menjadi penting pada awal abad ke- 20 kerana ejaan Jawi tidak
dapat menggambarkan sistem bunyi bahasa Melayu yang sebenar bagi mereka yang
tidak dapat memahaminya. Ianya menjadi lebih penting apabila bahasa Melayu
dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem sekolah rendah atau sekolah
dasar.
Sistem Tulisan Jawi
Ø Tulisan Jawi
berasaskan huruf Arab alif-ba-ta.
Ø Aturan ejaan
bagi Tulisan Jawi yang digunakan dalam bahasa Melayu sekarang ialah Sistem
Ejaan Jawi Yang Disempurnakan yang disahkan penggunaannya bermula pada tahun
1996.
Ø Kita boleh
melihat sistem ejaan Jawi tersebut dalam beberapa dokumen rasmi yang telah
diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ø Tulisan jawi
berpunca daripada nama umum yang diberi kepada orang jawa oleh pendagang arab
yang singgah.oleh sebab mereka tidak dapat membezakan antara orang melayu
dengan orang jawa, maka mereka menggangap orang melayu dan orang jawa ini
sebagai orang jawi. Justeru itu, tulisan yang jawi adalah tulisan yang dapat
membezakannya dengan tulisan arab.
Ciri-Ciri Bahasa Melayu
Moden
§ Bahasa Melayu
Moden telah mencapai status bahasa kebangsaan.
§ Bahasa Melayu
dilihat sebagai mekanisma lengkap untuk mengungkapkan
aspek-aspek abstrak,penyataan perasaan dan
emosi,kemurnian berkarya dan kehalusan bahasa dalam penulisan sastera.
§ Bahasa Melayu
mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.
§ Bahasa Melayu
juga dianggap bersifat sejagat.
§ Bahasa Melayu
sebagai bahasa yang sangat mudah dipelajari adalah disebabkan oleh sistem
fonologi yang amat mudah.
Perbezaan Bahasa Melayu Klasik Dengan Bahasa Melayu Moden
BAHASA MELAYU KLASIK
|
BAHASA MELAYU MODEN
|
Tiada perancangan bahasa
|
Melalui proses perancangan bahasa yang pesat
|
Banyak dipengaruhi bahasa Arab
|
Banyak menerima pengaruh bahasa Inggeris
|
Menggunakan laras bahasa sastera lama
|
Menggunakan laras bahasa yang lebih pelbagai
|
Banyak menggunakan ayat pasif dan ayat songsang
|
Banyak menggunakan ayat aktif
|
Banyak memanfaatkan bahasa istana/bahasa dalam
|
Banyak memanfaatkan kosa kata bahasa moden
|
SISTEM BAHASA MELAYU KLASIK
SISTEM TULISAN BAHASA MELAYU KLASIK
b. Pengaruh bahasa Arab yang ketara, khususnya bagi istilah yang berkaitan dengan hukum Islam.
b. Terdapat ayat susunan songsang
c. Penggunaan ayat pasif.
Contoh penggunaan bahasa Melayu Klasik dalam karya sastera:👇👇
Daripada
penggunaan bahasa Melayu klasik dalam penulisan di atas, kita dapat mengenal
pasti beberapa ciri utama bahasa tersebut.
1. Huruf
dan perkataan
a.
Penggunaan huruf Jawi.
Huruf ini
diadaptasi daripada huruf
Arab. Terdapat tambahan beberapa huruf lain untuk mencukupkan
sebutan bahasa Melayu, iaitu ca, nga, ga, pa, dannya.
b. Pengaruh bahasa Arab yang ketara, khususnya bagi istilah yang berkaitan dengan hukum Islam.
·
Allah taala
·
daulat
·
wallahualam
2. Sintaksis ayat
a. Penggunaan ayat
majmuk – ayatnya panjang ala ayat Arab kerana menggunakan
kata hubung.
b. Terdapat ayat susunan songsang
c. Penggunaan ayat pasif.
Contoh penggunaan bahasa Melayu Klasik dalam karya sastera:👇👇
"Adapun apabila raja dihadap orang di balairung, maka Bendahara
dan Penghulu Bendahari dan Temenggung, dan segala menteri dan Orang
Besar-besar, segala sida-sida duduk di seri balai; maka segala anak raja-raja
itu duduk dikelek-kelekan balai kiri kanan, dan segala sida-sida yang muda-muda
duduk diselang-selang antara Bentara, dan hulubalang muda-muda berdiri di
ketapakan balai memikul pedang, dan kepala bentara yang di kiri itu, daripada
anak cucu menteri yang patut akan menjadi Bendahara dan Penghulu Bendahari dan
Temenggung; dan kepala bentara yang di kanan itu, daripada anak cucu hulubalang
yang akan patut jadi Laksamana dan Seri Bija Diraja; dan barang siapa bergelar
Sang Setia bakal Seri Bija Diraja, dan barang siapa bergelar Sang Guna bakal
Laksamana, dan barang siapa bergelar Tun Pikrama bakal Bendahara."
TULISAN JAWI
• Sistem tulisan yang menggunakan abjad Arab dan enam abjad tambahan yang dicipta oleh orang Melayu sendiri
• Ditulis dari kanan ke kiri dan tidak mempunyai huruf besar dan huruf kecil
• Bentuk huruf-hurufnya akan berubah apabila ditulis secara tunggal atau berantai/bersambung
• Dalam Daftar Ejaan Melayu oleh Za’ba, jumlah huruf yang terdapat dalam sistem ejaan Jawi ialah 33 huruf
Rajah 1.0 Aksara Jawi |
SISTEM TULISAN BAHASA MELAYU KUNO
SISTEM TULISAN BAHASA MELAYU KUNO
Sistem Tulisan dan Ejaan Bahasa Melayu Kuno
Tulisan Palava
Keempat-empat buah batu bersurat pada abad ketujuh menggunakan tulisan Palava ( sejenis tulisan India Selatan Purba bagi penyebaran agama Hindu )
(a) Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan 683 M (Masihi).
(b) Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M.
(c) Batu Bersurat Kota Kapur (Pulau Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka, bersamaan dengan 686 M.
(d) Batu Bersurat Karang Brahi (Hulu Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka, bersamaan dengan 692 M.
Tulisan Nagiri
Tulisan ini digunakan pada Batu Bersurat Gandasuli. Tulisan Nagiri berasal dari utara India.
Tulisan Kawi
Tulisan Kawi ini digunakan pada batu bersurat di Joreng (1179M) dan Padang Lawas (1213M) yang terletak di Tapanuli, Sumatera Utara. Kawi berasal daripada perkataan Sanskrit kavi =penyair. Tulisan ini berbentuk kursif pada peringkat awalnya ditulis pada daun lontar.
"SISTEM TULISAN DI BATU BERSURAT"
Petikan teks Batu Bersurat Kedukan Bukit
Swasti sri sakawarsatita 605 ekadasi su klapaksa wulan waisakha daputa hyang nayik di samwau mangalap siddhayatra di saptami suklapaksa wulan jyestha dapunta hyang marlapas dari minanga Tamwan mamawa yang wala dualaksa ko dua ratus cara di samwau dangan jalan sariwu tluratus sapuluh dua wanakna datang di mataa jap sukhacitta di pancami suklapaksa wula[n] asada laghu mudita datang marwuat vanua ... sriwijaya jaya siddhayatra subhika ...
Transliterasi BM Kuno-BM Moden
wulan = bulan
nayik = naik
samwau = sampau = sampan (maksudnya perahu yang besar)
mangalap = mengambil (maksudnya mencari)
marlapas = berlepas
mamawa = membawa
wala = bala = balatentera laksa = (menyatakan jumlah yang tidak terkira banyaknya)
dangan = dengan
sariwu = seribu
tlu = telu = tiga
sapuluh dua = sepuluh dua = dua belas
wanakna = banyaknya
sukhacitta = sukacita
marwuat = berbuat
wanua = benua = negeri
ko = ke

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
SISTEM TULISAN BAHASA MELAYU KUNO Sistem Tulisan dan Ejaan Bahasa Melayu Kuno Tulisan Palava Keempat-empat buah batu bersurat pada ab...
-
SISTEM TULISAN BAHASA MELAYU KLASIK Daripada penggunaan bahasa Melayu klasik dalam penulisan di atas, kita dapat mengenal pasti beber...